Friday, December 16, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA NAMA BILIK MESYUARAT UTAMA DAN BILIK-BILIK BINCANG

PERTANDINGAN MENCIPTA NAMA BILIK MESYUARAT 

Umum diketahui bahawa bilik mesyuarat utama dan bilik-bilik bincang di PTG masih belum dinamakan. Justeru itu, Jawatankuasa Induk 5S dengan kerjasama AJK Induk 5S telah mengambil langkah proaktif iaitu menganjurkan Pertandingan Mencipta Nama Bilik Mesyuarat Utama dan Bilik-Bilik Bincang.

Cara-cara penyertaan:

1)Borang penyertaan diisi secara manual dan dihantar kepada En Arifuddin/ En Riduan /Pn Zalmie Iwati. Borang boleh dimuat turun di sini

2) Mengisi Borang penyertaan secara online yang boleh didapati di sini.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

1. Penyertaan terbuka kepada semua warga PTG Pahang KECUALI Ahli Jawatankuasa Promosi 5S.

2. Tarikh penyertaan bermula pada 15.12.2011 sehingga  20.1.2012.

3. Peserta dibenarkan untuk menghantar LEBIH daripada satu penyertaan.

4. Penyertaan akan diadili oleh Ahli Jawatankuasa Promosi 5S.

5. Keputusan adalah muktamad.

6. Borang Penyertaan (manual) hendaklah dihantar kepada En Arifuddin /En Riduan /Pn Zalmie Iwati.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah lumayan! Mari ramai-ramai turut serta!!

 happy_face_money_in_eyes_hg_clr[25]

No comments:

Post a Comment