Monday, December 20, 2010

Pemenang-pemenangnya ialah…

Pada 19 Disember 2010 yang lepas, iaitu bersamaan dengan Hari Keluarga PETALIAN 2010 yang diadakan di Bukit Gambang WaterPark, pemenang-pemenang bagi pertandingan mencipta logo 5S yang diadakan baru-baru ini telah diumumkan. Setiap pemenang menerima wang tunai,hamper beserta dengan Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang merangkap Yang DiPertua PETALIAN Dato’ Azizan bin Ahmad. Keputusan adalah seperti berikut:

TEMPAT PERTAMA:

En Amril Dulliyah dari Unit Flying Squad :

Amril_cdg5sptgcaps

1.Bentuk Pentagon (segi lima tepat) yang seimbang mewakili 5 unsur iaitu
•Seiri / Sisih
•Seiton / Susun
•Seiso / Sapu
•Seiketsu / Seragam
•Shitsuke / Sentiasa Amal

2. Pentagon juga mewakili bentuk berlian, lambang kecemerlangan, salah satu unsur dalam lambang PTG Pahang

3. Pentagon juga mewakili bentuk perisai melambangkan kerjasama kuat dikalangan ahli.

4.Di dalam pentagon tersebut, 5 Objek yang berbeza bentuk dan warna diatur untuk menghasilkan imej angka 5 dan huruf S.

5.Susunan 5 objek tersebut turut membentuk imej setangkai bunga melambangkan suburnya percambahan minda dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti Jabatan secara berterusan.

TEMPAT KEDUA :

En Amirul Ekhwan dari Unit KKA

aMIRUL_LOGO 5S 2

1. 5 kelopak melambangkan 5 asas perlaksanaan sistem 5S dan keseragaman

2. Warna gelang emas melambangkan antara mineral yang banyak terdapat di Negeri Pahang

3. Warna tulisan putih dan berlatarbelakangkan hitam melambangkan warna bendera Negeri Pahang

 

TEMPAT KETIGA :

Pn Nazima dari Unit IT

Nazima_5s_logo1

1. Warna biru melambangkan warna korporat


2.  5 & S yg sama bentuk melambangkan 5S yang dilaksanakan bergerak seiring

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang! dan terima kasih juga kepada peserta-peserta yang lain.

No comments:

Post a Comment