Monday, August 16, 2010

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA PELANCARAN SISTEM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) PTG PAHANG PADA 28 JUN 2010

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah berjaya mengadakan gotong-royong perdana sempena pelancaran Sistem Smalan Berkualiti 5S pada 28 Jun 2010.Gotong-royong ini disertai oleh setiap kakitangan PTG dan dijalankan sepanjang hari. Acara perdana ini dirasmikan oleh YH Dato' Jamilah Bt Mohamed Nor, Timbalan Pengarah Pendaftaran, menggantikan YH Pengarah Tanah dan Galian Dato' Abdul Kadir bin Awang Bakar kerana YH Dato' tidak dapat hadir bersama.
Namun begitu, YH Dato' tetap menyampaikan amanat agar warga PTG menjalankan gotong-royong tersebut dengan penuh komitmen. Lantaran itu, warga PTG telah berjaya bergotong-royong dengan komitmen dan semangat yang tinggi serta usaha yang bersungguh-sungguh. Oleh itu syabas diucapkan kepada mereka!!



Semua tekun mendengar


Tuan Haji Tarif sedang memberi taklimat dengan semangat yang berkobar-kobar

Kasik perut kenyang dulu

....dan banyak lagi!

2 comments:

  1. akhirnya dapat jugak komen.
    tahniah atas usaha adakan blog ni.dapat tgk gambar

    ReplyDelete
  2. dh xde gmbr lg ker?

    ReplyDelete